SEMUA TENTANG KITA

Posted by kusisdari on 8:03 PM comments (1)

Salam Kusisdari..

ungkapan tersebut mungkin adalah yang terakhir dari penulis..dan ini adalah posting yang terakhir dari penulis..yang telah bergelar mantan dikala ini..sedih untuk meninggalkan kusisdari tapi ibarat kata pepatah yang penulis umpamakan.."setiap yang tumbuh pasti jua ditebang".."buah tak manis tak akan dimakan lagi"..

penulis telah lama berkecimpung dalam kusisdari..sejak daripada projek pertama semasa penulis masih tahun pertama..jatuh cinta pandang pertama telah menyebabkan penulis begitu tergerak dan terpanggil untuk berbakti pada kusisdari..saat jatuh bangun semua telah dilalui..namun dihati tetap kusisdari..

penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan kerana memberi kepercayaan pada penulis untuk berbakti selama ini..pengalaman memimpin dan dipimpin banyak dipelajari..

disamping itu jua penulis ingin berpesan kepada kepimpinan baru agar lebih giat menarik minat ahli baru mahupun lama..jangan terlalu menyombong dan bersikap "kawan-kawan"..semua ahli adalah penting..bukan "kawan-kawan"..

penulis juga ingin berpesan pada pewaris blog ini agar lebih giat dan warisilah dengan ayat yang beretika dan sedap didengar..penat lelah penulis mewujudkan blog ini akan terbayar jua jika blog ini direvolusikan..

BERANI BERUBAH!!!!

jika ikutkan banyak penulis ingin luahkan tapi status sekarang tidak melayakkan penulis untuk meluahkan segalanya..penulis ingin menyelitkan bait lagu Semua tentang kita...

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita



selamat tinggal kusisdari......


Yang Ikhlas,
ARIFF MAZUAN BIN ZULKIFLI
MANTAN EXCO 08/09

"KITA KENA IKHLAS"

BERAKHIRNYA SIDANG INI.....

Posted by kusisdari on 7:46 PM comments (1)

assalamualaikum dan salam kusisdari....

berkaitan tajuk posting kali ini menandakan berakhirnya sidang 08/09 yang sentiasa diwarnai suka duka..kepimpinan terbaru kusisdari tidak menampakkan perubahan pada pokoknya..cuma akar saja yang berubah dengan YDP 08/09 MUHAMMAD RIDZUAN dipilih sekali lagi untuk memegang tampuk kepimpinan..penulis akan senaraikan senarai kepimpinan yang telah dipilih melalui undian pada mesyuarat agung yang lalu:

kepimpinan 2009/2010

YDP
Muhammad ridzuan(mantan YDP)

Nydp 1
Asmahanum(mantan bendahari)

setiausaha
nadia sakinah

pen.s/u
dalila

bendahari
fauziah(mantan exco)

exco
1.kati
2.megat
3.laila
4.hafeeza
5.hafira


selain dari senarai diatas ydp akan melantik seorang nydp,seorang pen. bendahari,dan dua orang exco..

FUTSAL INTERPRETASI ANAK NEGERI 09

Posted by kusisdari on 8:15 PM comments (0)

SALAM..

kusisdari akan mengadakan pertandingan futsal interpretasi anak negeri pada 21 februari 2009...

jika berminat untuk mnyertai boleh mendapat borang-borang yang akan diedarkan pada minggu depan di kaunter yang akan kami buka di foyer DKG..

harap maklum

Penangguhan Projek

Posted by kusisdari on 10:49 PM comments (0)

salam..

sukacita dimaklumkan projek santapan diraja bersama raja nazrin terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang baru kerana terdapat kekangan masa dari pihak Raja Muda..

kami akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan tarikh yang baru agar program ini akan tetap diadakan..
Insyaallah

salam

Updated Pilihanraya Kampus USM

Posted by kusisdari on 1:40 AM comments (1)

Salam kusisdari

setelah selesai pengiraan undi malam semalam (15/1/2009) diumumkan pemenang bagi kerusi yang dipertandingkan..dan ternyata aspirasi masih unggul di USM dengan menyapu hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan..

Pro mahasiswa hanya mendapat 3 kerusi dimana 2 daripadanya adalah melalui kerusi umum..dan satu adalah melalui kerusi pusat pengajian ilmu pendidikan..ini amat mengejutkan kerana pusat pengajian ilmu pendidikan sebelum ini didominasi oleh mereka dan 2 calon berpengaruh mereka telah tewas..

Tahniah juga kepada rakan penulis yang memenangi salah satu kerusi umum iaitu Mohamad Solihin B. Mohd Razali..diharap anda dapat berkhidmat untuk kami dengan penuh dedikasi..

sekian terima kasih

Pilihanraya Kampus USM 09

Posted by kusisdari on 7:04 PM comments (0)

salam kusisidari kepada semua..

pada 15 januari 09 ini pilihan raya kampus bagi usm akan dijalankan..sehubungan dengan itu atas arahan naib canselor semua kelas pagi tersebut batal bagi memberi laluan untuk pelajar membuang undi..

pilihla calon anda dengan bijak...

KE ARAH MENGGAPAI AWAN BIRU!!

Posted by kusisdari on 7:11 PM comments (0)